Ketibaan Robert disambut oleh Pengerusi-Pengerusi JPKK yang mengikut Taklimat Produk Pelancongan Keningau.
KENINGAU:Para pengusaha produk pelancongan sedia ada di daerah ini khususnya kawasan DUN Bingkor diseru agar bertahan dan meneruskan usaha mempromosikan produk masing-masing.
Seruan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin semasa berucap merasmikan Taklimat Produk Pelancongan Keningau anjuran Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort baru-baru ini.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap industri pelancongan di Daerah Keningau akan terus maju dan seterusnya menjadikan daerah ini sebagai antara yang menarik ramai kehadiran pelancong sama ada dari dalam mahu pun luar negara.
Menyentuh tentang taklimat produk pelancongan Robert berkata, usaha ini sebagai persediaan kepada pengusaha-pengusaha industri pelancongan untuk merebut peluang bagi menerima kedatangan pelancong daripada luar negara dengan pembukaan semula sempadan negara bermula pada 1 April ianya selaras dengan situasi negara yang akan memasuki fasa peralihan ke endemik.
Walau bagaimanapun katanya, jangan lupa arahan pematuhan SOP pencegahan COVID-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Robert (duduk tengah depan)bergambar kenangan bersama AJK Penganjur dan peserta.
Beliau berharap setiap mukim dalam DUN Bingkor dapat mewujudkan sekurang-kurangnya satu produk pelancongan berasaskan berasasakan komuniti dengan penglibatan badan JPKK dan semoga lebih banyak produk pelancongan akan wujud di kawasan Bingkor.
“Saya komited menyokong usaha untuk mengetengahkan produk pelancongan dengan dalam DUN Bingkor sesuai dengan tiga teras utama Sabah Maju Jaya (SMJ)” ujar Robert.
Pada masa sama beliau berterima kasih kepada Sabah Tourism Board kerana berusaha mengadakan program seumpama ini di DUN Bingkor atas kerjasama Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Daerah Keningau.
Taklimat produk pelancongan Daerah Keningau kepada Pengerusi JPKK DUN Bingkor disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Produk Sabah Tourism Board Jeffry Julinus Jimit.
Pada program itu diselitkan juga taklimat Open University Malaysia (OUM) kepada para Pengerusi JPKK yang hadir mengenai tawaran kursus di OUM Keningau.