TERIMA KASIH…Ust. Mustafa (kiri) menerima sumbangan disampaikan Hussen diperhatikan rombongan yang lain.
RANAU: Pihak Pengurusan Pondok Tahfiz Bidayatul Hidayah Kg.Kundasang Lama, yang musnah dalam satu kebakaran baru-baru ini, marakam penghargaan dan ucapan terima Kasih kepada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada pihak Pondok Tahfiz berjumlah RM6,400 iaitu RM3,000 untuk Pondok Tahfiz dan RM3,400 lagi untuk 17 orang pelajar.
Pemilik Pondok Tahfiz Bidayatul Hidayah, Ustaz Mustafa Bin Asad, mewakili pengurusan dan pelajar Tahfiz ketika ditemui berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas bantuan kewangan bagi meringankan bebanan pihak pondok Tahfiz berkenaan.
“Saya juga berterima kasih dengan Tuan Hussen Bin Haji Jirat (Setiausaha Sulit Kanan Datuk Jonathan) selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, yang mewakili Datuk Jonathan hadir menyampaikan sumbangan tersebut”, jelas Ust.Mustafa.
Hadir berama rombongan menyampaikan sumbangan itu ialah Setiausaha Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Zita Pedilis dan Pegawai Pemantau Projek Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman.
             Â