29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengerusi Biro Agama DUN Bingkor mewakili ADUN Bingkor, ziarah warga emas

Yazid menyampaikan kerusi roda kepada Misal

KENINGAU:Pengerusi Biro Agama DUN Bingkor Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik menziarahi seorang warga emas Puan Misal Laban di Kampung Baru Bingkor pada Isnin.

Pada ziarah itu Yazid menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada Misal yang memerlukan alat bantuan pergerakan.

Selepas menyampaikan kerusi roda itu Yazid berkata, dengan adanya sumbangan dari ADUN Bingkor itu dapat membantu pergerakan Misal yang kini terhad pergerakan atas faktor usia.

Katanya, sumbangan itu adalah salah satu daripada khidmat Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada rakyat di kawasan Bingkor.

Terdahulu Yazid juga mewakili ADUN Bingkor menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada Puan Karlain Supot di Kampung Sungoi Apin-Apin.

Selain itu beliau juga menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada Pengerusi JPKK Kampung Kikiran Apin-Apin Henly Bianus untuk kegunaan kampung itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN