GAMBAR: SUPT. Muhamad Farid Ahmad.
LABUAN: Polis di sini menahan Pengawal Keselamatan disyaki mencabul dan merogol anak tirinya yang berusia 16 tahun di Kampung Sungai Bedaun dekat sini, pada awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang sedang tidur bersendirian dalam biliknya tiba-tiba didatangi oleh bapa tirinya lalu mencabulnya.

Ketua Polios Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa di laporkan cuba menghalang perbuatan bapa tirinya tetapi tidak diendahkan dan suspek hanya berhenti dan beredar dari bilik mangsa ketika mahu pergi bekerja.
“ Mangsa nekad untuk membuat laporan polis pada jam 10.26 pagi dan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 1.10 petang di Kampung Sungai Miri pada hari yang sama” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Muhamad Farid berkata, ketika kejadian ibu mangsa tidak berada di rumah kerana bekerja, manakala adik beradik mangsa yang lain sedang tidur di bilik lain.
Jelasnya lagi, siasatan awal polis mendapati mangsa juga mendakwa pernah dirogol secara paksa beberapa kali oleh suspek sejak tahun 2019 semasa ibunya tidak berada di rumah.
Suspek, 42, disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul dan Seksyen 376 (3) Akta yang sama bagi kesalahan rogol.
“ Jika sabit kesalahan bagi kesalahan cabul bolehh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. Manakala bagi kesalahan rogol suspek boleh dikenakan penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan” katanya.
Suspek kini ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini (Rabu) hingga 12 Jun depan. –BorneoDailyBulletin