25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pengarah JPN Sabah Rasmi Amanat Tahun Baharu 2026

RANAU: Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan diadakan di sini pada 3 Februari depan dan akan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Haji Raisin bin Saidin.


Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat bagi membentangkan dan menyelaraskan Majlis bersama Jawatankuasa Pelaksana PPD Ranau dan MRSM Ranau telah diadakan di sini baru-baru ini.


Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merupakan acara tahunan yang signifikan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).


Ia berperanan sebagai wahana strategik untuk menyampaikan hala tuju, aspirasi serta penegasan dasar oleh kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kepada seluruh warga pendidik di negeri ini.


Bagi tahun 2026, Datuk Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan menyampaikan amanat rasmi beliau sebagai panduan strategik kepada semua warga pendidikan bagi tahun 2026.


Beliau akan turut memperjelas hala tuju dan pelaksanaan PPPM 2026–2035, termasuk kefahaman terhadap lima fokus utama dan tujuh teras strategik serta meneguhkan komitmen warga pendidikan Sabah terhadap pelaksanaan Landskap Baharu Pendidikan Sabah (LBPS) secara menyeluruh dan bersepadu.


Objektif program itu diadakan ialah bagi mewujudkan kesepaduan tindakan antara JPNS, PPD dan sekolah dalam menjayakan transformasi pendidikan negeri.


Dijangka seramai lebih kurang 500 orang tetamu yang terdiri daripada para Pegawai, kakitangan Jabatan Penididkan dan guru-guru dari pelbagai peringkat dan lain-lain akan menghadiri majlis tersebut.


Kejayaan pelaksanaan program ini bergantung kepada kerjasama, komitmen dan kesepaduan semua pihak yang terlibat dan diharapkan agar amanat yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berfokus dan berpaksikan kepada keberhasilan murid, demi menjayakan reformasi pendidikan negeri Sabah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN