26 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 6, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengarah Jabatan Perangkaan Labuan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden LCCC

CENDERAMATA…. Siti Zakiah menyampaikan cenderamata kepada Wong sempena majlis Kunjungan hormat tersebut.

LABUAN: Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Labuan, Siti Zakiah Muhamad Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan ( LCCC), Datuk Wong Kii Yii di Pejabat LCCC di sini, baru baru ini.

Turut sama pada kunjungan hormat itu, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Labuan, Hasliza Hashim, Ketua Pejabat Perangkaan Labuan, Shaliza Mohd Hasli @ Bob, Penolong Pegawai Perangkaan, Abdul Aziz Matlan, Ketua Pembantu Perangkaan, Shuhaimie Matawali, Pembantu Perangkaan Kanan, Abdul Rashd Alim, Pembantu Perangkaan, Ismardi Saidi dan Amir Asyraf Romzi.

Kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik antara jabatan dan Dewan Perniagaan Tionghua Wilayah Persekutuan Labuan terutama dalam persediaan pelaksanaan Banci Ekonomi (BE2026) yang akan dilaksanakan pada tahun 2026 melibatkan lebih 3,000 pertubuhan aktif di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu Siti Zakiah menjelaskan objektif pelaksanaan Banci Ekonomi (BE2026) ini adalah bertujuan: untuk mrngumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai tambah, guna tenaga dan profil ekonomi.

“Selain itu ia juga untuk mengenalpasti industri dan produk baharu dalam sektor ekonomi disamping menyediakan penandaarasan baharu bagi statistik ekonomi seterusnya meningkatkan kapasiti statistik negara serta memperkasa pangkalan data ekonomi Malaysia”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN