30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjuran LISC bantu tingkatkan  sektor ekonomi dan pelancongan Labuan- Mohd Sukuran

Simbolik perasmian…Sukuran bersama para peserta luar negara yang menyertai LISC 2025



LABUAN: Penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC)  berhasil meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd. Sukuran Taib berkata, Penganjuran LISC  bukan sahaja sebagai kalender aktiviti tahunan bagi Labuan malah ia merupakan produk sukan pelancongan yang mampu menjana ekonomi Labuan.

“Penganjuran LISC yang dianjurkan sejak tahun 1997 bertaraf antarabangsa ini masih lagi sagnifikan bukan sahaja kepada warga Labuan tetapi juga turut mendapat perhatian rantau BIMP-EAGA” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran LISC 2025 di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Jumaat.

Jelas beliau, LISC 2025 telah menyediakan hadiah keseluruhan RM350,000.00 iaitu meningkat kepada 43 peratus berbanding hadiah yang ditawarkan pada tahun sebelumnya berjumlah RM244,380.00.

Sementara itu katanya, seramai 2,500 peserta yang melibatkan peryertaan daripada luar negara dan dalam negara bersaing dalam 12 acara termasuk empat acara utama iaitu Cabaran Memancing Laut Dalam, Kayak Mini Marathon, Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau dan Regatta Race 2.0.
 
 
 
 
 
 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN