26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penerimaan keahlian baru Parti StarSabah kukuhkan kedudukan: Abidin

Penerimaan Borang Keahlian Baru Parti StarSabah drp penduduk Kg. Lukapon


RANAU: Parti StarSabah mengukuhkan lagi kedudukannya di DUN Paginatan dengan kemasukan lebih 200 orang ahli baru, yang sebahagian besarnya dari golongan belia di beberapa kampung di DUN Paginatan.


Kemasukan ahli baru ini diterima sendiri oleh Adubn Paginatan Datuk Abidin Madingkir selaku Wakil Rakyat di sini dalam siri lawatan beliau ke kampung-kampung menyantuni rakyat sempena Perayaan Kaamatan.


Datuk Abidin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata, kemasukan ahli-ahli baru ini sudah tentunya memantapkan lagi kedudukan GRS di kawasan DUN Paginatan.


Beliau yang juga Naib Presiden Parti StarSabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli baru parti itu kerana membuat keputusan yang bijak.


“Parti StarSabah amat sinonim dengan perjuangan Presiden Parti StarSabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangan menuntut hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian MA63.


“Saya difahamkan penerimaan borang keahlian baru Parti StarSabah adalah daripada Kg. Lukapon (41 orang), Kg. Siborong (61), Kg. Muruk (35), Kg. Sedul (37) dan Kg. Longut Lama (38).


“Kemasukan ahli ahli baru yang sebahagian besar dari kalangan belia adalah manifestasi bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin popular di kalangan pengundi muda.


“Diharap sokongan ini diterjemahkan dalam PNR17, yang akan membawa kemenangan sekali lagi kepada GRS. Kita mahu melihat kesinambungan Kerajaan GRS supaya agenda mensejahterakan rakyat dalam Pelan Pembangunan SMJ 2.0 dapat diteruskan,” kata beliau.


Dalam majlis yang diadakan di beberapa tempat berasingan ini, Datuk Abidin sempat menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada kumpulan sasar iaitu mereka yang sakit, golongan OKU dan juga kumpulan warga emas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN