Kerja-kerja penyelanggaraan jalan yang rosak sedang berjalan.
KENINGAU:Penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Liau Laut Kampung Lambanga dan Kampung Tohan Baru mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik kerana bertindak segera mengarah syarikat konsesi penyelanggaraan jalan AK SETIA Sdn. Bhd. meyelanggara jalan-jalan kampung berkenaan yang mengalami kerosakan teruk.
Pengerusi JPKK Kampung Lambanga David Thomas berkata, tindakan yang diambil oleh Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR)Keningau mengarah syarikat konsesi amat dihargai oleh penduduk kampung-kampung berkenaan.
“Sebelum ini jalan-jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk dan menyulitkan penngguna terutama pemilik kenderaan kecil” katanya.

Hardy (kiri) Pengerusi JPKK Kampung Liau Laut dan David (kanan)….Pengerusi JPKK Kampung Lambanga
Beliau berkata, kini jalan-jalan berkenaan sedang dalam penyelanggaraan dan bakal memberi keselesaan kepada penduduk dalam masa tempoh beberapa hari ini.
Pengerusi JPKK Kampung Tohan Baru Puan Lily Kerimput dan Pengerusi JPKK Liau Laut Hardy Paulus turut berterima kasih kepada Robert dan JKR Keningau yang mengambil berat tentang kerosakan jalan-jalan berkenaan.
“Komitmen wakil rakyat di kawasan ini terhadap permasalahan di kawasannya amat tinggi yang sentiasa mendengar keluhan dan rintihan rakyat. Dan tidak berlengah mengambil tindakan untuk memakumkan kepada pihak pihak yang bertanggungjawab amat kami hargai” amat kami hargai” kata mereka.