28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Ranau akur dengan perlaksanaan semula PKP 2.0

Julianah , Mahat, Missy.

RANAU, 14 Januari: Orang ramai di daerah ini akur dengan keputusan kerajaan melaksanakan semula Perintah kawalan Pergerakan (PKP) 2.0  bermula kemarin   bagi mengekang penularan Covid-19 yang kini menunjukkan tren peningkatan kes khususnya di Sabah.

Perkara itu disuarakan mereka ketika wakil Borneo Daily Bulletin melakukan tinjauan di lapangan.

Rata-rata yang sempat ditemui menyokong tindakan kerajaan melaksanakan  arahan itu kerana bimbang pandemik berkenaan  terus menular dalam komuniti.

“Kita mengharapkan semua pihak menyokong arahan kerajaan melaksanakan  PKP dan mematuhi  SOP yang ditetapkan  seperti pemakaian facemask, mengamalkan penjarakan fizikal, sering membasuh tangan dengan Sanitizer dan tidak mengunjungi lokasi tumpuan ramai orang,” kata Julianah Binti Kimbun 46, dari Kg. Longut Baru Ranau.

“Saya salah seorang pengusaha kebun sayuran tanah tinggi Kundasang,  bersetuju dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula PKP, meskipun bakal menanggung beberapa kos kerugian namun, pada saya wang boleh di cari, tetapi keselamatan nyawa lebih diutamakan,” jelas Mahat Saidin 53, dari Kg. Cinta Mata.

Seorang kakitangan Pejabat Parlimen P.179 Ranau, Missy Sambulang yang ditemui turut  menyokong pelaksanaan semuka PKP kerana ia adalah landasan untuk mematuhi arahan kerajaan termasuk pembudayaan kehidupan norma baharu  demi kebaikan semua pihak.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri yang tersenarai dalam zon merah, mulai 13 hingga 26 Januari 2021.

Negeri yang terbabit ialah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN