25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk  Labuan mahu anak jati Labuan diangkat sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan

KAMAL Ariffin Hj Khalidin & AWANGKU Sazali Pg Salleh

LABUAN: Penduduk tempatan Wilayah Persekutuan Labuan mahu anak jati Labuan diangkat atau dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Rata-rata penduduk Labuan memberikan pendapat adalah lebih baik anak jati Labuan di beri peluang untuk menduduki  jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan seperti yang berlaku sebelum ini.

“ Labuan sebenarnya tidak ketandusan   pemimpin yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut, mungkin segelintir mereka yang tidak nampak akan kelebihan anak jati tempatan untuk diberi peluang menjawat jawatan itu.

“Kita sebagai penduduk tempatan mahu anak jati diberikan peluang kerana mereka  (anak jati Labuan) mempunyai kelebihan mengenai hal ehwal Labuan dan juga lebih memahami denyut nadi  rakyat Labuan.

“Justeru itu kami (warga tempatan) tidak memerlukan pemimpin luar untuk menduduki jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan” kata salah seorang mantan Ketua Kampung Bebuloh, Kamal Ariffin Haji Khalidin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (parti Bersatu)  dalam kenyataan sebuah akhbar tempatan (Daily Express)  bertarikh 3 Mei lalu  yang bertajuk MP: Anifah Aman fit to head Labuan Corp)

Kamal berkata, Dalam kerajaan Perpaduan sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim cakna dengan keadaan dan menerapkan pemerintahan perpaduan dari pusat hinggalah ke akar umbi.

Katanya, jawatan Pengerusi Perbadanan wajar  diberikan kepada anak jati Labuan  yang peka terhadap sentiviti rakyat yang mempunyai pengalaman dalam mentadbir Labuan yang telah menghadapi banyak masalah, walaupun sebelum ini diisi oleh pemimpin, namun mereka gagal untuk menyelasaikan pelbagai isu berbangkit .

“Apa yang melucukan  apabila mantan-mantan  pemimpin Labuan yang pernah menjawat sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan  yang kini berstatus pembangkang adalah mereka yang bernafsu  ingin memulangkan Labuan ke Sabah  sebagai sebuah daerah  semata mata untuk memuaskan keinginan peribadi mereka semasa PRU ke 15” katanya.

Dalam waktu yang sama Kamal nerkata, ramai warga Labuan terpinga-pinga dan rasa terkejut apabila kerajaan melantik Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah  sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi quata Labuan yang sekaligus kononnya   untuk menjaga  keperluan dan pembangunan Labuan.

“Malah selepas beliau berjaya dilantik sebagai Senator, beliau sekali lagi dicadangkan sebagai Pengerusi Perbadanan yang sudah pasti tidak akan diterima oleh rakyat Labuan secara keseluruhannya, kerana beliau (Anifah) orang luar Labuan… kenapa perlu pemimpin import untuk mengisi jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan” katanya.

Seorang lagi mantan Ketua Kampung Lubok Temiang, Awangku  Sazali Pg. Salleh turut mempertikaikan cadangan  Senator Anifah Aman untuk dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

“Apa keperluan beliau sehingga diberi peluang untuk menjawat jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan, sedangkan beliau bukan orang Labuan yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal Wilayah Persekutuan Labuan.

“Maka kami sebagai rakyat Labuan menolak 100 peratus pelantikan Anifah Aman atau mana-mana individu  dari luar  dalam jawatan jawatan penting di pulau bebas cukai ini” katanya.

Awangku Sazali berharap Perdana Menteri (PMX) dapat menyelami isi hati rakyat Labuan  dan bukannya mengikut apa yang dicadangkan oleh pempipin tertentu, apatah lagi mereka bukan pemimpin penyokong kerajaan   yang  dilihat hanya untuk kepentingan  mereka sendiri” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN