MUAFAKAT….Sebahagian penduduk Kg.Tungou yang menyertai gotong Royong itu.
RANAU: Penduduk Kg.Tungou 21 kilometer dari pekan di sini, turut mewujudkan permuafakatan menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan tahap kebersihan kawasan kampung untuk mengelakkan sebarang penyakit berjangkit seperti nyamuk Aedes, Malaria dan sebagainya.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) Kg.TungouĀ Rusin@Edin Bin Matimin 42, memberitahu komitmen dan penyertaan penduduk menjayakan aktiviti di peringkat kampung termasuk ke kersihan adalah wajar tanpa menunggu arahan rasmi dan peruntukan daripada kerajaan.
“Mewujudkan kebersihan kawasan kampung adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakan penduduk dijangkiti sebarang penyakit berjangkit”, jelas Rusin ketika ditemui dalam satu majlis Gotong Royong Perdana membersihkan perparitan dan kawasan kampung yang sertai lebih 40 orang penduduk kampung berkenaan baru-baru ini.
Rusin turut mengajak penduduk supaya sentiasa peka dengan makluman semasa kerajaan, terutama pematuhan SOP bagi mengelakkan daripada jangkitanĀ Covid-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia.
“Sekarang ini, masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) dan SOP yang telah dikuat-kuasakan kerajaan harus dipatuhi termasuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu dengan yang lain, memakai Pelitup hidung dan mulut (Face mask), kerap membasuh tangan dengan sabun (sanitizer) dan elakanĀ mengunjungi tempat ramai orang”, jelasnya. http://Borneo Daily Bulletin
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā