SAYU…..Kodtung Agak 80, terpaksa digendung ke jalan raya utama dekat Kg.Pialungan.
TAMBUNAN: Penduduk Kampung Saradan terletak kira-kira 40 kilometer dari pekan di sini, merayu kerajaan agar menaik-tarap jalan sejauh 10 kilometer dari kempung berkenaan ke jalanraya utama (Kg.Pialungan) yang rosak teruk.
Jalanraya berkenaan bukan sahaja tidak pernah dinaik-taraf malah bertambah teruk lagi akibat hakisan tanah berikutan cuaca hujan.
Ketua Kampung, Kg.Pialungan, Josep Maraim memberitahu, laluan ke Kg.Saradan perlu dinaik-taraf untuk kemudahan penduduk kampung ke pekan Tambunan atau pekan Ranau, menghantar hasil pertanian mereka.
“Meskipun tidak ramai penduduk di kampung itu, tetapi kami perlu jalan yang sempurna untuk kemudahan kami terutama menghatar pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital Tambunan,” katanya.
Josep menzahirkan harapan itu ketika dihubungi baru-baru ini yang turut bersama penduduk menggendong seorang pesakit warga emas, Kodtung Agak 80, dari Kg.Saradan menuju ke jalan utama untuk mendapatkan rawatan ke hospital Tambunan.
Menurut Josep kalau ada kemudahan jalan raya yang sempurna, tidak perlu menggendong pesakit dengan memakan masa yang lama ke hospital.
            Â
SAYU…..Kodtung Agak 80, terpaksa digendung ke jalan raya utama dekat Kg.Pialungan.