Gambar Atas – Beginilah keadaan jalan kampung Pogun Antolob yang telah dinaiktaraf dengan jalan konkrit.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Kira-kira 600 orang pengguna di Kampung Pogun Antolob Bingkor kini merasa lega apabila jalan sepanjang 400 meter di kampung itu dinaiktaraf dengan jalan konkrit.
Pengerusi JPKK Kampung Antolob Iderend Abie berkata, penduduk kampung ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin kerana telah membawa pembangunan infrastruktur sebagai kemudahan para penduduk di kampung ini iaitu pembinaan beberapa batang jalan konkrit di sekitar Kampung Pogun Antolob.
Iderend….penduduk rakamkan ucapan terima kasih kepada Robert.
“Selaku Pengerusi JPKK Kampung Antolob juga mewakili penduduk ingin merakamkan penghargaan kepada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor atas keprihatinan kepada rakyat di kawasannya” kata Iderend.
Beliau berkata, dengan pembinaan jalan konkrit yang telah siap dibina ini telah memberikan keselesaan pada penduduk kampung.
Menurut Iderend, sebelum ini penduduk menghadapi masalah kerana jalan kampung ini kadang kala rosak dan menyukarkan penduduk apabila keluar ke pekan.
Tetapi kini katanya, penduduk tidak lagi menghadapi masalah untuk keluar masuk melalui jalan itu.