29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg Pangas Ulu rakam ucapan terima Kasih kepada ADUN Bingkor

Kelihatan beberapa penduduk menyelangarakan tadahan paip graviti.

KENINGAU:Penduduk Kampung Pangas Ulu merakamkan ucapan terima Kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas sumbangan dana untuk program gotong-royong kampung itu.

Pengerusi JPKK Kampung Pangas Ulu Zainal Ebin yang mewakili penduduk berkata, penduduk kampunnya amat menghargai sumbangan Datuk Robert yang juga  Pembantu Menteri Kerja Raya

sehingga program gotong-royong dapat dilaksanakan dengan jaya.

Katanya, antara kerja kerja gotong-royong yang diadakan ialah menyelenggara tadahan paip graviti, membersihkan kawasan dewan dan kawasan perkampungan.

“Keprihatinan Datuk Robert yang sentiasa membantu rakyat di kawasannya amat kami hargai” jelas Zainal.

Pada masa sama Zainal juga berterima kasih kepada penduduk kampung yang sentiasa bekerjasama dan menyokong program-program yang dirancang dan dilaksanakan. 

Ini katanya, terbukti dengan program gotong-royong yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan jayanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN