26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Baginda lega masalah limpahan air diatasi

Kerja-kerja pembinaan sistem perparitan dan pemasangan culvert.

KENINGAU:Penduduk Kampung Baginda dekat sini merasa lega apabila limpahan air yang kerap berlaku di kawasan beberapa buah rumah diambil perhatian dan diatasi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik.

Seorang penduduk Yakinol Salim yang mewakili penduduk berkata, rungutan penduduk yang berlarutan sejak sekian lama akibat limpahan air setiap kali musim hujan kini berakhir apabila masalah diatasi dengan membina perparitan dan saliran yang bersismatik.

Junior (dua dari kanan) semasa meninjau masalah itu. Turut kelihatan Yakinol (kiri).

Katanya, limpahan air yang kerap berlaku pada musim hujan disebabkan  sistem perparitan yang  tidak terancang di kawasan perumahan penduduk.

“Dengan pemasangan culvert dan sistem perparitan yang telah dibina dengan sistematik kini, kita berharap limpahan air semasa hujan tidak lagi berlaku” katanya. 

“Saya mewakili penduduk merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas perhatian dan keprihatinan beliau mengatasi  masalah yang dihadapi penduduk kampung” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred yang turut bertindak pantas menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baginda.

Baru-baru ini Junior mewakili Robert meninjau masalah kampung itu dan tidak lama kemudian kerja-kerja pembinaan sistem perparitan dan pemasangan culvert dilaksanakan.  Tamat/-

Pic 1. Beginilah keadaan dalam rumah penduduk yang dilimpahi air semasa hujan.

Pic 2 & 3. Kerja-kerja pembinaan sistem perparitan dan pemasangan culvert.

Pic 4. Junior (dua dari kanan) semasa meninjau masalah itu. Turut kelihatan Yakinol (kiri).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN