28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kampung Tg. Aru Nelayan rayu isu hakisan pantai di selesaikan segera

TINJAU…. Harun (kanan sekali) bersama Abdullah (kiri sekali) dan Nurfirdaus ketika meninjau kawasan pantai yang terhakis.

LABUAN: Penduduk kampung Tanjung Aru Nelayan yang majoriti penduduknya merupakan nelayan kecil sekali lagi merayu kepada pihak yang berwajib agar isu hakisan pantai yang  telah mengancam  persekitaran pantai dan juga rumah penduduk yang berdekatan pantai  diselesaikan segera.

Ketua Kampung Tanjung Aru, Harun Damit berkata, kejadian hakisan pantai yang  berlaku sejak dua dekat bukan sahaja telah memusnahkan  sebahagian besar kawasan pesisir pantai, tetapi juga telah memusnahkan tanah penduduk kampung yang berdekatan dengan pantai.

“ Kini kerisauan penduduk kampung  lebih terarah akan keselamatan rumah-rumah  mereka selepas menyedari hakisan pantai telah mula menghampiri rumah-rumah mereka” katanya kepada media yang dibawa  meninjau ke kawasan tersebut baru-baru ini.

Jelasnya, bagi memastikan hakisan pantai dapat dibendung untuk sementara waktu, penduduk kampung telahpun bergotong royong untuk membina banteng mengunakan sisa sisa batu simen, bagiamanapun banteng tersebut  telah rosak semula akibat dibadai ombak  besar yang berlaku  hampir sebulan lalu.

Justeru itu, Harun bagi pihak penduduk kampung  mengesa kepada pihak yang berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan hakisan pantai  yang telahpun merosakan sepanjang  hampir empat kilometer dengan lebih 30 meter kawasan pantainya  telahpun terhakis dan menjadi sebahagian laut perlu diambil tindakan segera sebelum ia terus menjadi lebih serius.

Sementara itu, seorang penduduk kampung Abdullah Arsat, 67 tahun berkata, sebelum ini kawasan pantai Tanjung Aru Nelayan menjadi tumpuan orang awam untuk beriadah dan berkelah  kerana  pemandangan pantainya cukup cantik dan bersih.

“ Tetapi kini keadaan keistimewan  pantai yang  menjadi lubuk perkhemaan dan riadah   itu telah lenyap ditelan ombak dan jika  ini berterusan bukan sahaja pantai yang lenyap, tetapi juga harta penduduk kampung khususnya tanah tanah mereka juga yang berdekatan pantai juga turut terhakis… inilah yang kami risaukan” katanya.

Sementara itu, Nurfirdaus Nordin berkata pantai itu sebelum ini mempunyai dua gazebo konkrit, tiga pondok kecil,  sebuah padang bola sepak serta terdapat sebuah pangkalan nelayan, namum semuanya sudah nusnah akibat hakisan pantai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN