27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kampung Hargai Tindakan Proaktif Adun Lumadan Menangani Isu Kerosakan Jalanraya Petani Lukut.

DIPERBAIKI..Matbali menyumbang batu kelikir untuk menampal jalanraya berlubang dilaksanakan secara bergotong royong oleh penduduk kampung

BEAUFORT: Penduduk kampung Petani Lukut menzahirkan penghargaan dan terima kasih mereka kepada wakil Rakyat Lumadan Matbali Musah yang cakna dan proaktif mengatasi masalah jalanraya di kampung tersebut.

Wakil Penduduk Junlih Musrah berkata,jalan kampung Petani ke Lukut yang menjadi laluan utama penduduk kampung terutamanya untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka mengalami kerosakan yang serius sejak sekian lama sehingga sukar dilalui oleh kenderaan-kenderaan kecil.

Katanya isu kerosakan jalanraya itu menjadi berdebatan hangat dalam satu kumpulan Whatsapp tapi namun tiada tindakan konkrit yang diambil meskipun di dalam kumpulan tersebut disertai oleh pemimpin- pemimpin yang boleh membawa isu berkenaan ke pihak atasan.

” Penduduk kampung amat berterima kasih kepada Matbali sebaik sahaja saya maklumkan kepada beliau semasa beliau berziarah ke kediaman saya, keesokan hari telah menghantar beberapa beberapa buah lori berisi batu kelikir untuk menampal beberapa lubang lubang besar di jalanraya ini dimana perlaksanaannya dilaksanakan oleh penduduk kampung secara bergotong royong” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Junlih inilah cara terbaik dan berkesan yang dilakukan oleh wakil rakyat Lumadan yang tidak banyak bercakap tapi mengambil tindakan pentas dan proaktif dalam menangani aduan masyarakat kampung .

Sementara itu seorang penduduk kampung Norsalam juga turut menghargai jasa dan sumbangan Matbali yang mengambil langkah proaktif bagi jangka masa yang pandek untuk mengatasi masalah penduduk kampung yang menggunakan jalanraya tersebut.

Katanya untuk masa jangka panjang kerosakan jalanraya tersebut perlu dinaik taraf semula agar keroskanya tidak berulang.

” Perlu bagi pemimpin masyarakat tempatan membawa isu ini kepada kerajaan untuk memberikan peruntukan bagi menaik taraf semula jalanraya ini agar keroskan tidak berulang” katanya.

Menurut beliau kerja kerja menaik taraf semula perlu dilaksanakan dan diawasi perlaksanaannya agar mengikut sepekasi yang telah ditetapkan bagi memenuhi kualiti sebenarnya jalanraya yang dilaksanakan.

” Kita bimbang kerana kerja kerja menaik taraf sebelum ini ,tidak mengikut sepekasi yang ditetapkan menyebabkan jalanraya ini cepat mengalami kerosakan” jelas beliau.

Sementara itu Matbali yang juga Ketua Bahagian PPBM Sipitang ketika dihubungi berkata ,beliau mengambil maklum mengenai kerosakan jalanraya tersebut yang perlu dinaik taraf semula.

” Saya mengambil maklum isu ini, untuk jangka masa pandek kita perbaiki dahulu mana mana yang rosak agar mudah dilalui kenderaan dan untuk jangka masa panjang kita akan senaraikan untuk memohon peruntukan dari kerajaan persekutuan ” katanya –Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN