29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Berasal Dari Kuala Penyu Tinggal Dan Bertugas Di Kota Kinabalu Dapat Sumbangan Dari Limus.

Gambar:Limus menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk Kuala Penyu bertugas di Kota Kinabalu yang datang sendiri mengambilnya di Kediaman beliau di Penampang

KOTA KINABALU: Masyarakat dari Kuala Penyu yang tinggal dan bertugas di Kota kinabalu dan sekitarnya menerima sumbangan bakul makanan dari Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Limus Jury .

Penyerahan sumbangan tersebut di buat di kediaman  beliau di Penampang secara berperingkat peringkat mengikut SOP yang ditetapkan.

Menurut Limus beliau memahami setuasi masyarakat Kuala Penyu yang bertugas di Kota Kinabalu baik di sektor kerajaan,swasta dan berkerja sendiri yang terjejas dengan penularan paramedik Covid-19 dan larangan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

” Saya berharap sedikit sumbangan ini akan dapat meringankan beban yang mereka tanggung dalam tempoh kita masih berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 disamping pematuhan PKP” katanya ketika di temui di sini kemarin.

Limus berkata mereka yang memerlukan bantuan tersebut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai beliau dan bagi yang ada kenderaan sendiri mereka boleh datang ke kediaman beliau di Penampang .

Menurut Limus yang juga Ketua Bahagian UPKO Beaufort bagi penduduk di Kuala Penyu bantuan sepenuhnya telah pun diagih-agihkan sebelum ini fasa pertama kedua dan ketiga .

” Kita juga turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada warga Kuala Penyu yang bertugas di Wilayah Persekutuan Labuan ” tambah Limus.

Dalam pada itu Limus turut mengingatkan agar rakyat khususnya dari Kuala Penyu terus mematuhi larangan PKP meskipun ada sedikit kelonggaran diberikan pada ketika ini.

” Penting bagi kita mematuhi SOP yang ditetapkan memakai penutup mulut dan hidung menjaga penjarakan sering membasuh tangan dan mengelak berkunjung ke kawasan yang ramai orang dan keluar dari rumah hanya kerana ada keperluan mendesak atau berkerja ” katanya.

Beliau bersama keluarga turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa minggu terakhir dan menyambut hari raya Aidil Fitri kepada seluruh masyarakat Islam khususnya di Kuala Penyu. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN