28 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendidik yang diamanahkan sebagai GPK Ko-Kurikulum disaran lebih kreatif

Jaminus (depan empat kiri), Micheal (lima kiri), merakam kenangan bersama para peserta dan penceramah.

RANAU: Para pendidik yang diamanahkan  sebagai Guru Ponolong Kanan(GPK) Ko-Kurikulum di perikngkat sekolah samada Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Menengah  (SM) agar merubah strategi pelaksanaan program dan aktiviti Kokukurilum ke tahap menyeluruh dan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi dan Sahsiah diri ke tahap yang unggul.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Jaminus Agang berkata, sudah sampai masanya para guru Kokurikulum mengubah strategi dari kaedah lama kepada kaedah baharu dalam merancang serta melaksanakan program atau aktiviti kepada para pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti tinggi serta berkemahiran bukan sahaja tertumpu kepada bidang Kurikulum malah seiringan dengan ilmu kemahiran dalam aspek Kokurikulum sebagai individu atau kumpulan yang boleh menjadi anggota masyarakat serba boleh.

“Dengan sebab itulah antara lain yang hendak dicapai atau objektif program kita pada hari ini”, jelas Jaminus ketika berucap mewakiki Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Menanggung Kerja Pegawai Pendidikan Daerah Ranau), Cik Foo Lee Yen bagi merasmikan merasmikan Program ‘From Middle To Highest’ di Dewan St.Benedict Ranau pada Rabu.

Michael (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jaminus diperhatikan Jasni (dua kiri) dan seorang Jawatankuasa pelaksana program.

Menurutnya, tanggung jawab dan peranan guru-guru mengemudi aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolah adalah amat penting bagi mencapai keberhasilan Kokurikulum diperingkat sekolah sebagai penggerak utama pewujudan  guru Kokurikulum (PK-Kokum) yang mampu melahirkan pelajar yang seimbang.

Turut berucap ialah Guru Besar SK.St.Benedict merangkap Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) daerah Ranau, Michael Pakang, dihadiri 71 orang guru Kokurikum dari 71 buah Sekolah Rendah daerah Ranau, turut hadir,Guru  Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SK.Pekan Dua Ranau selaku Ketua Penyelaras Program, Jasni Bin Halim.

Sementera menyampaikan ceramah Kokurikulum ialah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Raju Uddin Bin Mohd.Ajay, GPK Kokurikum SK.Pekan Tambunan, Rosmajawati Binti Rosman dan  GPK Kokurikulum SRK St.Theresa Tambunan,  Florence Dominic.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN