26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENCERAMAH TERSOHOR AKAN HADIR CERAMAH PERDANA USIA PITAS, PDIS

POSTER…Ceramah Perdana bersama Ustaz Dr Haji Da’sad Latip

PITAS: Penceramah tersohor dari negara jiran Indonesia, Ustaz Dr Haji Da’sad Latip akan hadir memberikan Ceramah Perdana anjuran Wanita, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Daerah Pitas dengan kerajasama Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) di sini.

Ceramah yang dijangka dihadiri puluhan ribu umat Islam dari daerah ini dan sekitarnya akan diadakan pada 23 Mei 2025 ini iaitu pada hari Jumaat bermula jam 7.30 malam di Dataran Pitas.

Ketua Wanita USIA Pitas Ustazah Aminah Mindoh berkata, penceramah yang terkenal di Indonesia ini akan menyampaikan ceramahnya yang bertajuk “Hidup Mardhatilah, antara Ibadah, Rezeki, Syukur dan Sabar”.

Aminah berkata ceramah perdana yang julang kali dihadiri oleh pendakwah bebas ini antara lain berobjektifkan untuk meluaskan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat berbilang kaum disamping mendedahkan kepada mereka tentang ajaran Islam sebenar .

PENGANJUR…. AJK Wanita Usia Pitas yg diketuai oleh Ustazah Aminah Mindoh.- AJM

“Ceramah ini juga akan dapat menyedarkan pemikiran masyarakat betapa pentingnya ilmu pengetahuan yang bertitik tolak dari dalam diri seterusnya kepada kehidupan seharian,” tambahnya.

Katanya lagi, matlamat lain ialah memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang peranan penting Pertubuhan Dusun Islam Sabah PDIS dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah USIA membantu masyarakat, negeri dan negara dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah PDIS Datuk Haji Harun Haji Ismail ketika ditemui melalui bual bicara secara online berkata, program ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi syiar Islam disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dengan masyarakat luar agar semangat perpaduan sentiasa terpelihara sepanjang masa.

PRESIDEN .. Datuk Haji Harun Haji Ismail Presiden Perubuhan Dusun Islam Sabah.

Dalam hubungan ini beliau menjemput pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini dan daerah sekitarnya di alu-alukan untuk hadir bagi mendalami ilmu pengetahuan serta memperkukuhkan silaturahim dan semangat perpaduan dalam pertemuan di majlis itu nanti.

Menurut Dr Harun agama Islam itu sendiri menggalakan umatnya untuk terus menuntu ilmu walau dimana saja kita berada.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN