26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda Umno Labuan sumbang 150 kampit beras

SIMBOLIK…. Musa (kanan)  menyerahkan kampit beras kepada salah seorang penerima dari cawangan Pemuda Umno Kampung Ganggarak sambil diperhatikan oleh Saifful.

LABUAN: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan menyumbang sebanyak 150 kampit beras untuk diagihkan kepada ahli-ahlinya yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID 19.

Ketuanya Musa Basman berkata,  Ketua Cawangan Pemuda di setiap cawangan telahpun diminta menyenaraikan lima  nama ahli pemuda yang benar benar terjejas susulan PKP untuk menerima sumbangan itu.

“Kami di peringkat bahagian telahpun meminta setiap ketua pemuda di peringkat cawangan  menyenaraikan  nama lima ahli yang berkelayakan untuk menerima sumbangan ini” katanya ketika membuat penyerahan simbolik sumbangan tersebut di salah sebuah pasaraya  di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Pemuda Umno Bahagian, Saifful Punggot.

Musa berkata, sumbangan ini merupakan siri ke 4, sebelum ini  pihaknya juga telah menyumbang kit makanan kepada ahli Umno khususnya di peringkat Pemuda  ketika bermulanya pelaksanaan PKP fasa pertama, PKPB dan PKPP.

Menurut Musa, setiap penerima akan diberi kopun khas yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi membolehkan mereka membuat tuntutan  beras tersebut secara terus ke pasaraya yang telah dipilih.

“Mereka boleh menuntut beras itu pada bila bila masa sepanjang tempoh PKP dengan membawa kopun yang disediakan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN