SUMBANGAN…Rombongan Pemuda yang diketuai Oleh Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman ketika menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di salah sebuah sekatan jalanraya di Kampung Kayul Kuala Penyu.
KUALA PENYU : Menyedari tanggungjawab terhadap jasa serta sumbangan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan kor0na Virus Covid-19 yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran Pegerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort tampil mengulurkan sumbangan kepada golongan ini.
Penolong Setiausahanya Fadthul Radzi Lee berkata walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa namun atas rasa tanggungjawab menghargai serta memberikan sokongan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan bukan sahaja berhadapan dengan wabak Covid-19 namun keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini .
“ Kita memahami setuasai yang mereka hadapi ketika ini, justeru Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort hari ini kita bergerak menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas petugas di beberapa sekatan jalanraya di kawasan Parlimen Beaufort.
Rombongan yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno bahagin Md Rashid Haji Mathon Beaufort itu turut disertai oleh Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Mohd Taib, Setiausaha Kerja Umno bahagian Beaufort Ak Mohd Izzan serta beberapa orang ketua cawangan pemuda Umno.
Antara barang barang yang disumbangkan ialah keperluan makana, air mineral Pelitup Muka (Facemask) dan lain-lain yang merupakan sumbangan Pergerakan Pemuda sendiri dan juga sumbangan dari Pemangku Ketua Umno bahagian Beaufort Awang Aslee Lakat.
Menurut Fadthul dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik Covoid-19 dan keadaan cuaca tidak menantu banjir berlaku di mana sahaja seharusnya sayap parti termasuk Pergerakan Pemuda wajar tampil ke hadapan menghulurkan bantuan dalam bentuk apa sahaja yang termampu.
“ Kita tidak mahu prasepsi masyarakat atau ahli-ahli Umno di luar sana pergerakan Pemuda tidak cakna dengan isu isu semasa atau syok sendiri dan hanya dilihat berperanan semasa pilihanraya” katanya.
Fadthul berkata prasepsi ini perlu ditangkis dan pemuda perlu bergerak dalam komuniti setempat agar peranan serta sumbangan sayap itu dapat dilihat dan di rasai oleh masyarakat setempat.
“ Dengan pelbagai program yang kita lakukan meskipun dalam sekala kecil ianya akan membawa kesan kepada masyarakat khususnya golongan muda dan sudah pesti mereka akan lebih dekat dengan parti” tambah Fadthul