26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemimpin Umno Bahagian perlu santuni ahli akar umbi

Harun Durabi, Ketua Umno Bahagian Kudat ketika menyampaikan ucapan

OLEH: HAJI MOHD AMIN HJ MUIN & A JALIL MADARIN

KUDAT: Ketua Umno Bahagian Kudat Datuk Harun Durabi mengingatkan pemimpin Umno di peringkat Bahagian dan Cawangan serta sayap kepimpinan tiga peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno agar menyantuni ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi.

Katanya, langkah ini supaya kesetiaan mereka terhadap parti yang mereka tunjangi sentiasa kekal sepanjang hidup mereka.

Beliau berkata sebagai pemimpin berada di barisan hadapan di peringkat Bahagian sokongan dan permuafakatan mereka adalah wajar.

“Dari itu kita hendaklah sentiasa menyantuni serta sentiasa menghubungi mereka dalam keadaan apa sekali pun,” kata. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bengkoka itu.

Harun berkata, masa kini banyak parti politik timbul seperti cendawan di waktu hujan maka beliau menyeru agar berhati-hati jangan sesekali terpengaruh oleh pujuk rayu mereka sehingga sanggup meninggalkan parti Umno yang sudah sekian lama kita anggotai.

Katanya, banyak isu yang dibawa oleh pemimpin parti politik yang baharu dan yang lama yang sering kita dengar ialah isu pembangunan di negeri ini, pendatang tanpa izin, MA63 isu rasuah dan banyak lagi.

” Sebenarnya isu ini sengaja mereka timbulkan kerana setiap keburukan sudah tentu akan menimbulkan kebencian kepada rakyat agar menyokong parti mereka,” tegasnya.

Beliau menambah jika ahli-ahli Umno tidak menguatkan iktizam serta tidak tabah dan sabar tidak mustahil kalau ada yang tidak terperangkap dengan isu-isu yang tidak benar ini.

Tegasnya, jangan lupa bahawa parti yang kita sokong ini yang pernah dan terbukti berjasa bukan sahaja kepada diri kita sendiri malah ahli keluarga kita juga pernah menikmatinya.

ALBUM… Harun (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tujuh orang Wakil Umno Bahagian Kudat ke Kuala Lumpur dan ahli jawatakuasa Umno Bahagian.

Beliau menambah, ingatlah bahawa parti Umno bukan datang ke Sabah dengan sedirinya atau desakan paksa dari Pusat sebaliknya Umno masuk ke Sabah dibawa oleh pemimpin terkemuka di negeri ini ketika itu dan sepanjang dari tahun 1991 mulanya Umno masuk ke Sabah sehingga kehari ini belum ada seorang pun orang Malaya yang memimpin Umno di Sabah sebaliknya orang Sabahlah yang memimpin atau menyandang pelbagai jawatan sehingga ke jawatan Ketua Menteri Sabah berasal dari parti Umno.

Harun berkata harus diingat seramai sembilan orang Perdana Menteri Malaysia berasal dari parti Umno dan di negeri Sabah pula seramai enam orang termasuk Ketua Menteri Sabah sekarang ini berasal dari parti Umno sepertinya Umno ini merupakan sebuah gedung atau kilang yang banyak menghasilkan produk yang berjenama dan terbilang.

Tambahnya lagi, ada juga ahli Umno diluar sana yang setia terhadap partinya namun mereka tidak berani atau malu berdepan dengan pemimpin Umno di bahagian atau kawasan atas sebab mereka terikat oleh sesuatu seperti tuntutan hidup atau pun barangkali ada kesempatan lain yang perlu direbut.

Berucap di Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kudat Kali Ke 22 dalam sessi penggulungan dan ucapan penagguhan Harun yang juga Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah mengingatkan ahli Umno di Bahagian Kudat khasnya agar sentiasa berhubung sesama ahli termasuklah mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk mendekati mereka dan jalinkan ikatan persaudaraan serta perpaduan demi agama, bangsa dan negara.

” Jangan kerana pertukaran parti ahli Umno tidak bertegur sapah diantara satu dengan yang lain,” tegas Harun

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kudat di rasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.


Selain pembentangan dan membahas pelbagai usul, ucapan ketua-ketua sayap kepimpinan Umno Bahagian oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat Normalah Rasik, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kudat merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, Sufian Abdul Karim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kudat merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno Negeri Sabah Zairani Awang.

Turut diumumkan seramai tujuh orang Perwakilan dari Umno Bahagian Kudat ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur akhir tahun ini mereka terdiri dari, Jupakal Kanding, Norlesa Rasik, Abiden Munap, Ariffin Ghaffar, Soldy Abdul Wahid, Stapah Salam dan Safari Stari.


Hadir sama, seluruh ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kudat adalah diantara seramai 1,560 orang yang hadir di mesyuarat itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN