26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEMIMPIN MASYARAKAT PERLU MAIN PERANAN PENTING DEMI MASA DEPAN RAKYAT, GENERASI AKAN DATANG: JAMES RATIB

TERIMA DOKUMEN…..James menerima dokumen yang mengandungi tandatangan pemimpin masyarakat Daerah Kecil Paitan untuk memohon jasa baik Ketua Menteri Sabah mengeluarkan status tanah Yayasan Sabah yang diusahakan penduduk kampung.

PAITAN: Pemimpin Masyarakat perlu memainkan peranan penting mereka untuk menasihatkan rakyat arak umbi agar tidak sewenang-wenangnya menjual tanah milik mereka kepada pihak lain demi masa depan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, peranan pemimpin masyarakat khususnya mereka yang memegang jawatan selaku Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung (KK) dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) amat penting bagi memberi nasihat kepada rakyat dibawah pentadbiran mereka untuk membuang sikap suka menjual tanah semata-mata ingin mendapat pulangan kewangan yang cepat.

“Pelbagai usaha boleh dilakukan keatas tanah-tanah penduduk kampung ketika ini yang memberikan pendapatan lumayan. Umpamanya tanaman Sacha Inci yang begitu cepat mengeluarkan hasil dan boleh menjana pendapatan yang baik kepada diri sendiri dan keluarga. Justeru, tanah yang ada itu janganlah dijual kepada pihak lain”. Tegasnya.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah berkata, para pemimpin masyarakat juga hendaklah berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin diperingkat atasan khasnya dalam urusan mendapatkan geran-geran tanah penduduk bagi melancarkan urusan tersebut kerana data-data mengenai status tanah disatu-satu kawasan perkampungan kebanyakannya diketahui oleh pemimpin masyarakat yang menjaga kawasan tersebut.

James ketika berucap pada majl8s iyu

Jelasnya, terdapat pelbagai bantahan liar penduduk kampung mengenai isu pertikaian tanah yang merumitkan pembangunan berlaku di negeri Sabah kerana silap faham mengenai kedudukan tanah yang didiami mereka. Justeru itu, peranan pemimpin masyarakat sepatutnya dimainkan sepenuhnya agar perkara seumpama itu tidak terjadi dan rakyat mendapat informasi tepat berhubung status tanah mereka.

Dalam masa sama, beliau juga menegaskan akan terus memperjuangkan hak-hak tanah milik penduduk kampung mengikut lunas perundangan yang sesuai sekiranya berlaku rampasan tanah oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Hal ehwal tanah milik penduduk kampung akan terus saya perjuangkan sama ada diperingkat perbahasan Dewan Undangan Negeri Sabah mahupun diperingkat atasan dengan kerajaan negeri. Jika tanah itu memang hak penduduk, ia menjadi keutamaan kepada saya untuk mempastikan hak mereka terbela. Tetapi, anda perlulah berhemah dan tidak pula menjual tanah tersebut sebaliknya mengusahakannya dengan tanaman yang membuahkan hasil lumayan”. Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Mesyuarat Pemegang Amanah bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Daerah Kecil Paitan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan dekat sini pada Selasa. Turut hadir dalam majlis itu adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu, Ketua Daerah Awang Bangis serta para pemimpin masyarakat dari sekitar Daerah Kecil Paitan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN