30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan masjid di Labuan akan di segerakan

PROJEK…. Ahmad Marzuk (dua kanan) ketika melawat projek pembinaan masjid Kampung Sungai Bedaun, di sini pada Ahad. 


LABUAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan menyegerakan projek pembinaan  beberapa masjid di pulau ini yang mengalami  kelewatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Beliau berkata, Perdana Menteri dalam Mesyuarat Pasca Kabenit telah bersetuju supaya mana-mana pembinaan projek  yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  disegerakan semula selepas kerajaan memberikan kelongaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


“Dalam mesyuarat pasca kabenit Jabatan Perdana Menteri  yang terakhir bersama Perdana Menteri telahpun bersetuju untuk menyegerakan mana-mana projek  yang berkaitan pembinaan dan perlolehan  tanpa melanggar kaedah  Prosedur Operasi Standart (SOP) perolehan kerajaan” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pembinaan beberapa masjid di Labuan susulan  PKP.
Terdahulu sebelum itu beliau menyempurnakan majlis perasmian penyampaian surat pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat  sesi 2020-2023 di Masjid An Nur, di sini, pada Ahad.


Beliau yang dalam rangka lawatan kerja  dua hari ke Labuan turut melawat projek Pembinaan Masjid Sungai Bedaun yang menelan belanja RM 8.6 juta.


Projek yang kini mencapai kemajuan semasa  sebanyak  29 peratus  dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021.


Selain projek Masjid Kampung Sungai Bedaun terdapat dua lagi masjid baharu yang sedang di bina iaitu Masjid Kampung Tanjung Aru dan Masjid Kampung Durian Tunjung.


Turut sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail,  Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Ahmad Saifuddin Md. Tahir dan  Arkitek Kanan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan,  Mohd Yusof Awang.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN