28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembantu tadbir dituduh rasuah

TERTUDUH…..kanan sekali ketika keluar dari Mahkamah Khas Rasuah,  pagi ini.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Sorang penjawat awam mengaku tidak bersalah  atas dua pertuduhan menganugerahkan kontark pembekalan kepada  syarikat milik isterinya. Tiga tahun lepas.

Junaidi Awang, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya  dibacakan dihadapan hakim  Abu Bakat Manat di  Mahkamah Khas Rasuah, Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.

Menurut pertuduhan pertama, Junaidi dituduh menyalahgunakan kedudukannya selaku  pembantu tadbir kewangan untuk menerima rasuah sebgai dorongan bagi menganugerahkan kontrak membekalkan makanan dan minuman untuk pejabatnya kepada Aiza Azha Enterprise melibatkan jumlah RM 7,209.25 pada 8 April 2018.

Manakala pertuduhan kedua  Junaidi  dituduh menerima rasuah berjumlah RM4,542.50 sebagai dorongan untuk menganugerahkan kontrak bekalan alat ganti bagi kegunaan pejabatnya sendiri kepada  syarikat yang sama pada 4 April 2018.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan  di Pejabat Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan dan dia dituduh mengikut Syeksyen 23(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih  tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan RM6,000 deposit  dengan seorang penjamin, selain  perlu melaporkan diri dipejabat SPRM  dua kali sebulan serta menyerahkan paspot kepada Mahkamah.

Hakim menetapkan 19-20 Ogos depan untuk sebutan semula

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN