Robert menerima cenderakenangan daripada Jamilah.
KOTA BELUD:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan Lawatan Kerja di Jabatan Kerja Raya Kota Belud kelmarin.
Sempena lawatan kerja itu beliau diberi taklimat pembangunan yang disampaikan oleh Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Puan Jamilah Tukang dan Jurutera Bahagian Jabatan Air Jesper M. Junim.
Majlis taklimat itu turut dihadiri oleh semua kakitangan jabatan terbabit.
Robert mengabadikan gambar kenangan berama pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Kerja Raya Daerah Kota Belud.
Turut sama Penolong Setiausaha Infrastruktur Bahagian Pembangunan Infrastruktur Utiliti Mohd Hafis Murneh.
Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor, lawatan kerja beliau bertujuan meninjau pembangunan yang berkaitan dengan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Kerja Raya.
Disamping itu katanya, ia juga bertujuan mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan berkenaan berkaitan dengan permasalahan yang perlu diatasi.