TERBALIK…. kereta yang dipandu mangsa terbalik selepas bertembung dengan Forklift di Jalan Patau-Patau, pagi kelmarin
LABUAN: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya terbalik ketika bertembung dengan sebuah jentera Forklift di Jalan Patau-Patau dekat sini, pagi kelmarin.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa yang berada di lorong kanan menuju ke tempat kerja bertembung dengan sebuah forklift yang secara tiba-tiba keluar dari lorong sebelah kiri menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran.
Akibat daripada perlanggaran itu katanya, kereta yang dipandu mangsa terbalik ke arah pembahagi jalan.
“Bagaimanapun pemandu kenderaan berusia 33 tahun itu tidak mengalami seberang kecederaan, manakala pemandu fotklift, 55 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian siku kanan dan telah mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Jelas Muhamad Farid kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu forklift yang keluar secara melulu ke lorong kanan.
“Kes disiasat dibawah L/N 16/59 (Peraturan Lalu Lintas 1959)” katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Farid menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengambil etika pemanduan yang berhemah di jalan raya.