25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pelawanan Bola Sepak Persahabatan antara PDR dan SUI, berkesudahan 4-3

Gambar atas: Pengurus Pasukan SUI, Waidi Laumin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jumain diperhatikan sebahagian pemain kedua-dua pasukan.

RANAU: Pasukan Pejabat Daerah Ranau (PDR) berkesudahan 4-3 dengan pasukan Ex-Alumni Sekolah Ugama Islam (SUI) Tambunan pada satu perlawanan Bola Sepak Persahabatan di padang pekan di sini petang tadi.

Dua gol PDR dihasilkan menerusi tendangan kencang pemain lincah pasukan itu, Likad Muhamad pada minit ke-8 separuh masa pertama disusuli jaringan Waldin Dullah pada minit ke-14 tidak dapat di kawal kemas oleh penjaga gol SUI, Aloi Mosinin.

Gol ketiga  dan keempat diperoleh pada permainan masa kedua menerusi tendangan kencang pemain tengah, Jason Musi dan Rejjin Sultan.

Pasukan PADERA merakam gambar kenangan dengan pasukan Alumni SUI sebelum permainan bermula.

Tiga gol SUI pula diperolehi menerusi pemain sensasinya,  Azuan Zamaludin dan dua gol lagi dijaringkan menerusi Pawaz Sahidin.

Turut  mengambil bahagian dalam permainan itu ialah, Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani, Ketua Polis Daerah, DSP Simiun Lomudin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Harun.

Manakala antara penonton yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan itu ialah, Penolong Pegawai Daerah selaku Pengurus Pasukan PADERA, Florencia Padasian.
 
             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN