31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelaksanaan projek naiktaraf jalan-jalan kampung di kawasan DUN Bingkor memuaskan: Robert

Robert bersama rombongan semasa melawan jalan Bimgkor Lama yang sudah siap.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik berpuas hati dengan pelaksanaan projek-projek naiktaraf jalan-jalan kampung di kawasan DUN Bingkor.

Katanya, semua jalan kampung yang telah dinaiktaraf kini memberi keselesaan kepada penduduk kampung berkenaan berbanding sebelum ini.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya berpuas hati dengan pelaksanaan projek-projek naiktaraf jalan kerana kerja-kerja pelaksanaannya juga memuaskan” katanya selepas melawat beberapa batang jalan yang sudah dinaiktaraf di kawasan Bingkor hari ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan memastikan semua jalan-jalan kampung di kawasan ini dinaiktaraf.

“Saya usahakan satu persatu mengikut peruntukan yamg diberikan Kementerian” katanya.

Dalam lawatan itu Robert telah melawat Jalan Konkrit Kampung Tinunon,  Jalan Bandukan dan Jalan Kampung Bingkor Lama yang telahpun Siap sepenuhnya.

Turut serta, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor  Junior Fred, staf UPPM dan staf  ADUN Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN