27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar IPT sedang dikuarantin terima bantuan MP Ranau

Primus (Kiri)menyampaikan sumbangan kepada anggota JPAM mewakili pelajar IPT ygang dikuarantin di BTN Kundasang, diperhatikan dari kanan, Aoziah dan Missi.

RANAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen di sini, tidak melupakan 107 pelajar IPT dari Sabah yang kini menjalani Kuarantin di BTN Kundasang (87 orang) dan 20 orang lagi di Kompleks Sukan di sini sejak 12 Mei 2020.

Sumbangan berupa Barangan Makanan (BarMa), telah disampaikan Krew dari Pejabat Parlimen Ranau yang mewakili Ahli Parlimen Ranau yang juga Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin. Mereka ialah, Primus Gahun, Missi Sambuling, Aoziah Paimin dan Lajim Haji Momen.

MENYEMAK…Anggo ta JPAM meneliti senerai nama penerima pelajar IPT yang bakal menerima sumbangan diperhatikan Primus(Kiri) dan Aoziah

Jonathan ketika dihubungi, memberitahu sumbangan itu sebagai simpati kepada pelajar yang sendang di kuarantin bagi mematuhi arahan kerajaan  memastikan semua pelajar sihat tidak dijangkiti Covid-19 sebelum balik ke tempat masing-masing.

“Kita mengharapkan keputusan Kuarantin mereka semuanya sihat(negatif) dan dibenarkan balik ke kampung menemui ibu bapa dan keluarga masing-masing”, jelas Jonathan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN