31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pekerja Kontraktor temui bom lama di Kampung Jawa

BOM jenis UXO ‘Ariel Bomb’ yang ditemui

LABUAN: Seorang  pekerja  kontraktor  tempatan menemui sebutir bom lama dipercayai  peninggalan perang dunia ke dua ketika  sedang melakukan kerja kerja pembersihan berhampiran salah sebuah rumah yang telah  dikosongkan di Lorong 11 Kampung Jawa, dekat sini pada Khamis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan  daripada kontaktor itu kira-kira jam 1.39 petang.

Berdasarkan laporan daripada  pekerja itu, bom seberat 35kg dengan ukuran lilitan 1.5 kaki dan panjang 2 kaki itu pada asalnya kelihatan sebagai kepingan besi lama yang berkarat tertanam dalam tanah  dan selepas berjaya dikeluarkan mendapati besi tersebut  seperti sebutir bom yang telah berkarat dan disaluti tanah.

PERIKSA… dua anggota polis dari Unit Pemusnah Bom sedang melakukan pemeriksaan  di lokasi penemuan bom berkenaan.

“Setelah diperiksa dengan teliti, pasukan pemusnah bom kami mengesahkan bahawa objek yang disangka besi buruk  itu adalah bahan letupan jenis UXO ‘Ariel Bomb’  yang masih aktif,” katanya  ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau bom tersebut  telah diletupkan pada 12.30 tengah hari  (Jumaat) di tempat yang lebih selamat  tidak jauh daripada bom itu ditemui.

“Sebelum itu kawasan tersebut telah  dikawal rapi oleh pihak polis bagi memastikan tiada individu cuba membuat gangguan di kawasan tersebut sehingga bom tersebut dimusnahkan” katanya.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN