28.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Daerah Ranau atasi JPBW dalam Sukan Muhibbah

Tinus dan Jelwin bersama para peserta daripada kedua pasukan


RANAU: Pasukan Pejabat Daerah Ranau muncul johan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar, Badminton dan Futsal di antara jabatan itu dengan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Negeri Sabah yang diadakan di sini Jumaat.


Dengan kemenangan itu, pasukan Pejabat Daerah Ranau yang dianggotai daripada para kakitangan jabatan tersebut, membawa pulang Piala pusingan beserta hamper.


Pasukan Pejabat Daerah Ranau dinobat johan selepas merangkul kemenangan keseluruhan dalam acara bola tampar dan futsal, sementara JPBW menjuarai acara badminton.


Acara yang julung kali diadakan itu berlangsung di Kompleks Sukan Ranau dan juga Ranau Extreme Futsal, Marakau.


Dalam acara itu, Pejabat Daerah Ranau diketuai Pegawai Daerah Ranau, Tinus Bin Manggam manakala JPBW diketuai Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Jelwin Jeneral.

Dalam ucapan alu-aluannya, Tinus berkata, acara yang diadakan itu merupakan sesuatu aktiviti yang sangat baik kerana ia memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada semua yang terlibat.


“Selain daripada memberikan peluang kepada para kakitangan mengikuti aktiviti riadah dan kesukanan, acara ini juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan para peserta dan juga antara jabatan.


“Sukan Muhibbah seperti ini kita adakan untuk menggalakkan hidup sihat dalam kalangan penjawat awam yang juga mengambil kita kesihatan mental, sosial dan fizikal.


“Selain itu, ia juga dapat menanamkan sikap yang positif di kalangan para peserta di samping semangat kesukanan dan kerjasama. Program ini juga dapat menghindarkan kita daripada amalan yang kurang sihat,” katanya.


Tinus mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran ini, dan berharap agar aktiviti yang sama juga dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan dengan penglibatan peserta yang lebih ramai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN