Pasukan Tibabar menjulang piala kejuaraan dan menang olahragawan & olahragawati
RANAU: Pasukan tuan rumah, Sekolah Kebangsaan Tibabar mengungguli Kejohanan MSS Zon Garas Kali Ke-22 yang berlangsung di padang sekolah berkenaan baru-baru ini apabila berjaya mengumpul 8 pingat Emas, 7 Perak dan 4 Gangsa sekaligus menewaskan pencabar terdekat iaitu pasukan dari Sekolah Kebangsaan Naradan yang berjaya mengutip 4 Emas, 6 Perak dan 4 Gangsa.
Dengan kelebihan 4 pingat Emas ini, pasukan SK. Tibabar dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara yang dipertandingkan. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan SK. Tarawas dengan kutipan pingat 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa.
Turut dimenangi oleh tuan rumah ialah johan perbarisan dan maskot terbaik. Selain itu penganugerahan olahragawan dan olahragawati juga menceriahkan para peserta pasukan berkenaan apabila adik Elborn Abi diumumkan sebagai pemenang dengan kutipan 4 pingat emas melalui acara 2 individu dan 2 kumpulan. Acara tersebut ialah 100 meter, Lontar Peluru, 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Manakala adik Nur Sabrina Superman berjaya mengumpul pingat Emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4 X 200 meter.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Benedict Gunda (Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau), Abdul Wahid Bin Samin (Guru Besar SK. Tibabar) dan guru-guru besar Zon Garas.



