30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN TALING TARADA MUNCUL JUARA BOLA SEPAK PIALA DATUK JONISTON

Pasukan TALING TARADA ‘Juara’ bola sepak piala Datuk Joniston

KIULU: Pasukan TALING TARADA muncul juara pertandingan bola sepak 9 sebelah merebut piala Datuk Joniston Bangkuai yang berlangsung di padang Malangang Kiulu baru-baru ini.

Perlawanan di pusingan akhir menentukan kejuaraan ditentang sengit oleh pasukan PSB (A) tanpa sebarang jaringan sehingga memaksa kepada penentuan sepakan panalti.

Pasukan TALING TARADA yang dibarisi oleh pemain berpengalaman akhirnya berjaya menundukkan pasukan PSB (A) setelah berjaya menajaringkan agregat gol 3-2. Gol-gol kemenangan dijaringkan oleh Juanson Moidin, Jesalius Mailu dan Dape. Dengan kemenangan itu mereka berjaya membawa pulang sebuah piala pusingan, medal dan wang tunai berjumlah RM750.

Datuk Joniston (tengah) ketika menyampaikan piala kepada wakil ketua pasukan TALING TARADA,Jeffrin Simponggul.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan TAMBADAU.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, YB Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai.

Pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah tersebut, Datuk Joniston mengucapkan tahniah kepada pasukan TALING TARADA, gabungan pemain dari Kampung Nulu dan Pahu yang mengungguli kejohanan.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada KP PBS Kiulu, Rhodes Phanilau dan Pengerusi Penganjur, Matius Juanis serta para AJK atas kejayaan menganjurkan kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN