31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN BOLA TAMPAR ZON TIMUR SEDIA BERSAING DI MSSDR

Razwan (kiri) bersama para pemain (belakang) dan guru pengiring

RANAU: Pasukan bola tampar lelaki dan perempuan Zon Timur sudah bersedia bersaing di Kejohanan Bola Tampar Peringkat MSSDR yang akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Karanaan esok 27 Jun 2022.

Pengurus Pasukan, Razwan Garidi ketika ditemui media berkata, para pemain telah menjalani sesi latihan pusat pada hari ini di Padang SK. Nalapak bagi memantapkan persefahaman.

Para pemain giat menjalani sesi latihan pusat

Katanya para pemain lelaki yang hadir latihan terdiri daripada Mohd. Hafizul Ququm, Hafzan Qhuzairy, Dann Yell Rior, M. Muzaffar, Casper, Danny dan Presen. Manakala pemain perempuan terdiri daripada Jessandha Jimchon, Rachel Haven, Nor Aqilah, Lina, Elizabeth dan Elica.

Semua pemain yang terdiri daripada 8 orang dari SK. Sagindai, 6 orang SK. Nalapak dan 4 orang SK. Paus telah menjalani proses pemilihan melalui satu pertandingan peringkat zon baru-baru ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN