29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasangan suami isteri dan ipar dicekup polis bersama ganja seberat 1,262gm.

KETULAN ganja yang dirampas dalam serbuan keatas suspek

LABUAN: Sepasang suami isteri dan seorang wanita yang merupakan suadara ipar suspek dicekup sepasukan anggota polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontijen Sabah kerana memiliki dadah jenis ganja yang dianggarkan seberat 1,262 gram.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Haji Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan berumur lingkungan 20an ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara Sungai Bedaun, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Jumaat.

SUPT. Muhammad Farid Haji Ahmad.

“Hasil daripada serbuan itu, pihak polis telah menjumpai satu ketulan mampat daun-daun kering yang dibalut dengan plastik lutsinar dipercayai ganja dianggarkan seberat 1,262 gram yang bernilai RM7,000.00 berdasarkan nilai pasaran semasa” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.
.
Beliau berkata, modus operandi suspek mendapatkan bekalan dadah itu dengan menggunakan perkhidmatan pos laju dari Kuala Lumpur yang dihantar terus ke rumah suspek.

Jelas Muhamad Farid, hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis berkenaan, manakala kedua-dua suspek perempuan bebas dari sebarang pengaruh dadah.

BUNGKUSAN…. Bekas bungkusan ganja yang dihantar mengunakan perkhidmatan Pos Laju.

“Kesemua suspek telah di bawa ke ke mahkamah pada Sabtu bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut” katanya.

Jelasnya lagi, kes disiasat di bawah Syeksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori./-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN