ADVERTISEMENTspot_img

Parti politik Sabahan di Labuan perlu bersatu capai aspirasi 1984: Dr Jeffrey

Dr Jeffrey bersama hadirin diiringi Walther, Linggu, Stephen, Peter Mak dan Harun, Pudin

LABUAN: Parti-parti dari Sabah yang berrapak di Labuan perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama, menjadikan Labuan seperti yang diharapkan ketika pulau itu diserahkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, keadaan di Labuan sekarang tidak seperti yang diharapkan, malahan Labuan sebagai pulau bebas cukai tidak lagi bebas cukai seperti dahulu.

“Kebimbangan ini memang satu fakta, sehinggalah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menjadi pengasas penyerahan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah menyatakan kegagalan matlamat beliau menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan,” katanya.

Dr Jeffrey berkata demikian pada Majlis Pelancaran Star Bahagian Labuan pada Sabtu

Hadir sama, Setiausaha Agung, Senator Datuk Edward Linggu, Penyelaras Star Labuan, Datuk Kapitan Stephen Teo, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Peter Mak, Timbalan Ketua PGRS Labuan, Dr Harun Pudin dan Ketua Penaja STAR Bahagian Labuan, Walther Philip Macheal.

Dr Jeffrey turut menegaskan, sejak 1984, harapan kita pada waktu itu ialah Pulau Labuan dapat dimajukan dan ditingkatkan ekonominya agar dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan demi meningkatkan pendapatan penduduk.

Justeru, katanya, pada 1984, seluruh Borneo mengharapkan agar Labuan dapat menjadi katalis pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Walther yang tueut berucap pada majlis itu berkata pentadbiran di Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencakupi kepentingan semua kaum termasuk Anak Negeri Sabah yang tertakluk di bawah ordinan adat-istiadat.

Berdasarkan realiti itu, Dr Jeffrey menyifatkan perubahan yang berlaku di Labuan sebagai sesuatu yang berada di luar harapan penyerahan 1984, sebaliknya budaya serta adat-istiadat sebahagian penduduk Labuan yang pernah menjadi sebahagian wilayah Sabah telah ‘dimalayakan’.

“Kini, ada di antara penduduk Labuan merasa terpinggir dari segi penyertaan di dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Labuan, mereka mahu dilibatkan sebagai penggubal dan pelaksana dasar,” katanya.

👈😑👉 itu Dr Jeffrey, juga membangkitkan isu-isu tersebut bukan kerana marah atau benci, tetapi agar ada perubahan positif untuk menjadikan Labuan sebagai suatu kebanggaan semua.

Tambahnya, kebimbangan itulah juga yang menjadi sebab mengapa Star menubuhkan bahagian di Labuan, mudah-mudahan menerusi kerjasama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Labuan, suatu hari nanti, politik di Labuan akan diurus dan dikuasai oleh parti-parti dari Sabah.

“Isu tersebut telah juga dibangkitkan di Parlimen, saya sendiri beberapa kali telah menyatakan agar Labuan diberi perhatian untuk memulihkan status pulau bebas cukai, malangnya keluhan-keluhan kami masih belum lagi didengar,” katanya.

Dr Jeffrey menambah, rakyat Sabah di Labuan sudah mencadangkan agar parti Star berbuat sesuatu untuk menyuarakan serta membangkitkan kebimbangan terhadap realiti di Labuan sekarang, termasuk menyuarakan idea-idea yang dapat menjadikan Labuan lebih baik dan maju.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN