25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Parti BERSATU Labuan agih 180 bakul makanan kepada Pemandu Bas Dan Teksi

GAMBAR…. Abdullah (kanan sekali)) menyerahkan bakul makanan kepada pemandu bas.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Parti BERSATU Bahagian Labuan mengagihkan sebanyak 180 bakul makanan  kepada pemandu bas dan teksi sempena Ramadan Al Mubarak  dan Aidilfitri.

Ketua Bahagian BERSATU Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, bakul  makanan itu yang setiap satu bernilai RM100 merupakan sebahagian daripada 500 bakul makanan yang diagihkan  kepada golongan memerlukan termasuk pemandu  bas dan teksi yang terkesan dengan pandemik COVID 19.

 “Kami berharap bantuan ini akan dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi penerima yang terdiri daripada mereka yang terjejas pendapatan mereka akibat kawalan pergerakan disebabkan COVID-19,” katanya.

Majlis penyerahan bakul makanan tersebut disampaikan oleh Timbalannya Abdullah Omar yang diadakan di  perkarangan Terminal Bas di pusat bandar di sini, pada Sabtu.

Menurut Suhali lagi, mereka yang layak juga menerima ‘duitraya’ sebagai persediaan menghadapi Hari Raya  Aidilfitri yang akan disambut  hanya beberapa hari sahaja lagi.

 “Kami telah menubuhkan satu biro aduan bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berkaitan kebajikan bagi penyelesaian yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, dua rumah usang di Kampung Belukut dan Kampung Lajau akan menerima dana untuk membina rumah baharu  dengan kos RM60,000 dan dana itu telah diluluskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu beliau berkata, dua rumah usang di Kampung Belukut dan Kampung Lajau akan menerima dana pembaikan RM60,000 dan dana itu telah diluluskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN