Parti GERAKAN letak calon wanita PRK Tanjung Piai, lawan BN & PH.

Parti GERAKAN letak calon wanita PRK Tanjung Piai, lawan BN & PH.

KUALA LUMPUR: Gerakan meletakkan timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai. Dengan penyertaan bekas anggota komponen BN itu, sekurang-kurangnya akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan parlimen itu. Pakatan Harapan meletakkan pengerusi Bersatu bahagian itu Karmaine Sardini manakala BN akan diwakili sama ada Umno atau MCA. Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya...

Hilang, wanita warga emas ditemui dalam hutan

Hilang, wanita warga emas ditemui dalam hutan

BINTULU: Warga emas wanita yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan belakang Rumah Bair, Bandar Samarakan Tatau, Jumaat lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.06 pagi semalam. Rami Jeti, 78, ditemui pasukan SAR pada jarak 400 meter ke dalam kawasan hutan belakang rumah panjang berkenaan. Semasa ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah dan cedera ringan....

Kanak-kanak perempuan 3 tahun nyaris diculik

JOHOR Bahru: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun nyaris diculik Isnin lalu di Johor Bahru ketika dia sedang bermain dengan ibu bapanya. Seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menghampiri kanak-kanak itu di Dataran Bandaraya sekitar jam 5.40 petang dan mendakwa kanak-kanak itu adalah anak perempuannya. Menurut si bapa, mereka datang ke dataran itu untuk membawa anaknya bermain. Tetapi didatangi lelaki itu...