Saripuddin (tengah)bersama yang lain semasa program Walkabout tersebut.
Oleh: JAINUDIN NASIR.
TUARAN: Pejabat KPDNHEP Cawangan Tuaran mengadakan sesi “Walkabout” pemantauan terhadap pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bertempat di sebuah pasaraya terkenal dan menjadi pilihan masyarakat di Daerah ini.
Sesi tersebut telah disempurnakan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran (MDT), Jamlin Alip dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Tuaran, Saripuddin bin Moleng bersama Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Hamizi bin Halim.
Serentak dengan itu, para pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tuaran yang turut serta telah menjalankan Ops Pantau yang melibatkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan ini. Skim ini in berkuatkuasa pada 21 April – 20 Mei 2021.
Program turun padang ini dibuat untuk mewujudkan kesedaran dan membuat hebahan kepada masyarakat/ pengguna berkenaan skim yang dikuatkuasakan kementerian.
Tegas Saripuddin, tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga borong dan runcit yang menjual harga barang terkawal musim perayaan ini dengan sewenang-wenangnya.