SUHAILI ketika mengadakan tinjuan ke ruang pejabat sementara pertukaran anak kapal di bangunan ASB
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menyeru supaya Kerajaan Madani di bawah Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyegerakan aktiviti penukaran anak kapal minyak dan gas yang tempatkan di Asian Supply Base (ASB).
Ini kerana katanya, pihak ASB Sdn. Bhd telahpun menyiapkan sepenuhnya fasiliti sementara bagi pengoperasian pertukaran anak kapal minyak dan gas di perairan Sabah dan Labuan .
“Pihak ASB telahpun menyiapkan segala kelengkapan fasaliti bagi agensi dan jabatan yang terlibat khususnya Jabatan Imigresen dalam usaha memudahkan pihak jabatan itu mengendalikan operasinya.
Bagaimanapun katanya, berlaku kelewatan apabila SOP jabatan Imigresen yang akan mengendalikan pengoperasian penukaran kru belum dikeluarkan oleh pihak Keselamatan dalam Negeri (KDN) dan ini sekaligus menyebabkan pihak Jabatan Imigresen tidak dapat memulakan operasinya.
Menurut Suhaili, operasi pertukaran anak kapal itu perlu dilakukan segera selewat lewatanya Mac ini kerana aktiviti mengerudi minyak dan gas yang dilaksanakan oleh PETRONAS akan bermula awal April ini.
“Justeru itu saya berharap pihak berkuasa di Putrajaya dapat menangani perkara ini dengan seberapa segara, kerana kelewatan pihak berkuasa untuk mengeluarkan Prosedur Operasi Standart (SOP) kepada Jabatan Imigresen telah memberi memberi kesan terhadap ekonomi Labuan” katanya.
Jelas beliau, pengembalian aktiviti pertukaran anak kapal ke Labuan akan memberi manfaat besar kepada ekonomi Labuan, dimana ratusan anak kapal Minyak dan Gas akan tiba dan berlepas setiap hari sebaik operasi itu dilaksanakan.
“Jika aktiviti pertukaran anak kapal minyak dan gas itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang kekangan birokrasi, ianya bukan sahaja memberi kesan positif kepada ekonomi Labuan tetapi melonjakkan semula ekonomi Labuan.
“Lonjakan ekonomi itu akan membantu meningkatkan perkembangan dalam sektor perhotelan, restoran dan kedai makan serta membantu peniaga di sekitar pulau ini” katanya
Beliau berkata ASB telah menerima perintah pengecualian daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah (PHEDNP), bertarikh 22 April 2022, membenarkan kelulusan pelepasan dokumentasi pertukaran kru O&G daripada PHEDNP dan Jabatan Imigresen Sabah.
Dalam pada itu, Suhaili yang juga Pengerusi ASB Sdn. Bhd akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri bagi memohon jasa baik Kementerian itu mempercepatkan penempatan kakitangan Imigresen dan prosedur operasi standard (SOP) di ASB.
“Pada sidang Parlimen yang akan mula bersidang pada 26 Febuari ini…saya akan bangkitkan isu ini di Parlimen suapaya pihak Putrajaya mengambil perhatian yang lebih serius dengan mempercepatkan pelaksanaan pertukaran anak kapal” katanya.
Suhaili berkata ASB, sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Sabah (GLC) yang berpangkalan di Labuan, telah memperuntukkan RM25 juta untuk membina terminal pertukaran kru O&G tiga tingkat.
Projek itu, yang dijadualkan siap pada Oktober 2024, bertujuan untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Jabatan Kesihatan untuk pelaut Malaysia dan antarabangsa.
Terdahulu Suhaili bersama Ketua Pegawai Eksekutif ASB. Sdn. Bhd, Japar Estaban telah melakukan tinjuan ke Pejabat sementara pertukaran anak kapal yang telapun siap sepenuhnya di bangunan ASB.Sdn. Bhd.