26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Noridah tinjau kemudahan dan keindahan Desa Land

Noridah (duduk) ketika meninjau kemudahan dan keindahan Desa Land.

LABUAN: Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Noridah Abdul Rahim tertarik dengan kemudahan dan keindahan ekopelancongan Desa Land yang terletak di Kampung Sungai Pagar kira kira 12 km dari pusat bandar Labuan.

Noridah yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau pelbagai kemudahan termasuk bilik-bilik penginapan dan rekreasi.

Beliau turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengusaha tentang penawaran pakej yang akan diketengahkan semasa acara Borneo Flora Festival (BFF@Labuan 2025 ) yang akan berlangsung pada 26hb-30hb Julai 2025 yang menyasarkan kehadiran pengunjung dari luar Labuan lebih 50,000 orang.

Dalam pada itu, Noridah menjelaskan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Labuan sedia membantu mempromosikan potensi Desa Land sebagai destinasi pelancongan yang unik dan menarik untuk dikunjungi.

Noridah ketika dibawa menaiki kereta api bagi meninjau keindahan alam semula jadi di Desa Land

“Kita juga menggalakkan pihak pengurusan Desa Land supaya terus giat mempromosi Desa Land sebagai destinasi ekopelancongan yang mampan, menarik dan unik disamping memastikan pengalaman pengunjung menjadi lebih menarik” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengasas Desa Land, Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman dan Pengarah Desa Land, Datuk Norsiah @ Emelda Abdullah.

Sementara itu, Datuk Seri Mohd Alias menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Wilayah Persekutuan kerana memilih Desa Land sebagai salah satu destinasi penawaran pakej semasa berlangsungnya BFF@Labuan2025.

Desa Land yang dibangunkan diatas tanah seluas lebih 2 ekar menawarkan pelbagai aktiviti lasak bersaskan penerokaan dan alam sekitar seperti menjelajah di sekitar DesaLand mengunakan kenderaan lasak ETV, menaiki keretapi disamping menyaksikan kalibat dinosaur dan gorila.

Kemudahan lain yang terdapat di Desa Land termasuk 35 unit bilik penginapan, rumah atas pokok, Kabin Pain, Chalet, Dewan Terbuka, kolam renang untuk pengunjung dan yang terbaru taman tema air.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN