28 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Nelayan perlu bantuan yang lebih efektif- Hamdan

Suhaili menyampaikan cenderamata kepada Hamdan sambil diperhatikan Saliah.


LABUAN: Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Hamdan Mamat berkata, para nelayan tempatan di negara ini diberikan bantuan peralatanyang lebih efektif seperti sistem nivigasi penentukedudukan ikan (GPS).

Katanya kemampuan GPS mengenal pasti kedudukan ikan semasa mampu mendorong para nelayan lebih produktif dalam meningkatkan tangkapanĀ  ikanĀ  sekaligus nenjanaĀ  lebih pendapatan.

ā€œKita akan cadangkan agar para nelayan tempatan khususnya golongan B40 ini diberikanĀ  bantuanĀ  peralatan nivigasi yang lebih efesyen seperti GPS dan lain lain peralatan lebih canggih yang dapat menjana hasilĀ  pendapatan para nelayan…tidak hanya dibantu dengan pemberian tong tong ikanā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri (PNN) Wilayah Persekutuan Labuan kali ke duaĀ  di sini pada Isnin.

Selain itu beliau berkataĀ  persatuan nelayan seharusnya menjadi pemain utama dalam industri nelayan dan tidak ada satupun dikategorikan sebagai persatuan yang daif.

ā€œSetiap kawasan dan negeri seharusnya dilihat sebagai entiti yang berjaya dan progresif bukannya organasasi yang terpinggirā€, katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman dalam ucapannya mencadangkan kepada LKIMĀ  untuk mewujudkan perternakan ikan atau udang dalam kolam mengunakanĀ  air laut yang melibatkan peryertaanĀ Ā  ahli persatuan nelayan di pulau ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata cadangan tersebut sebagaiĀ  pendapatan alternatif kepada nelayan ketika berlakunya musim tengkujuh atau ketikaĀ  cuaca yang tidak menentu.

ā€œ Jika berlaku musim tengkujuh mereka boleh menjadikan ikan ikan yang diternak dalam kolamĀ  itu sebagai pendapatan alternatifā€ katanya.

Hadir sama Pengarah LKIM Labuan, Saliah Haji Mudin.

Ā 
Ā 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN