31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Nasib wanita balu terbela

Gorimeh Gumat (tengah) bersama dengan pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Kundasang di rumah baharu yang di bina, di kampung Lembah Permai, Kundasang, Ranau.

RANAU: Kerajaan amat prihatin membela nasib golongan yang memerlukan perlindungan dan miskin tegar.

Baru-baru ini telah menular di media sosial mengatakan bahawa seorang wanita balu yang hanya tinggal di sebuah ‘sulap’ yang dibina menggunakan daun keladi dan dahan kayu dijadikan sebagai rumah kediaman di Kundasang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama dengan Ahli Parlimen Ranau membuat inisiatif membantu seorang wanita balu Gorimeh Gumat, 62 tahun, dengan membina sebuah rumah secara bergotong-royong bersama dengan penduduk kampung Lembah Permai, Kundasang.

Gambar Atas: Kediaman Gorimeh (sebelum), manakala gambar bawah merupakan kediaman Gorimeh yang terkini.

“Saya berterima kasih kepada bahagian pertubuhan – pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta menyumbangkan bantuan kepada ibu ini”. kata Dr. Joachim.

Timbalan Ketua Menteri ini berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membela rakyat di setiap pelusuk negeri, bagi golongan daif atau miskin tegar dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“JPKK perlu mengenalpasti setiap penduduk kampung dalam kawasan masing-masing agar mereka yang memerlukan bantuan akan mendapat bantuan sewajarnya.

Dr. Joachim yang juga merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan dengan kerjasama JPKK dan Ketua Kampung dengan memaklumkan kepadanya sekiranya berlaku kejadian seumpama ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Kundasang, Azmi Arimin turut menyerahkan sumbangan berbentuk wang hasil kutipan ahli pemuda PBS yang diserahkan kepada Pengerusi JPKK kampung Desa aman, Jaifuddin Madani. Turut hadir dalam sesi penyerahan ini ialah timbalan Ketua Pemuda dan Setiausaha PBS Kundasang.

“Kini ibu ini sudah memiliki rumah di kampung Lembah Permai dan saya berterima kasih di atas kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat dan impian ibu ini mendapat semua rumah, melindungi dari panas dan hujan”, jelas Dr. Joachim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN