33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

NADMA lulus 500 Khemah mudah alih persediaan hadapi monsun timur

CENDERAHATI…. Dr Fary menyerahkan cenderahati kepada Amaludin sempena Mesyuarat Pengurusan Bencana Zon Sabah dan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.


LABUAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan sebanyak 500 unit khemah mudah alih sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut dari Oktober hingga Mac tahun depan yang dijangka akan membawa lebih banyak hujan dan kemungkinan berlakunya banjir.


Selain itu, NADMA juga turut menyediakan sebanyak 2,000 kit makanan bagi tujuan yang sama.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, kemudahan yang diluluskan itu adalah susulan Mesyuarat Pengurusan Bencana Zon Sabah dan Labuan yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Logistik NADMA, Amaludin Suib di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.


Turut menghadiri pada mesyuarat itu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM Sabah dan Labuan), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah dan Labuan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.


ā€œKita berterima kasih kepada NADMA atas perhatiannya kepada Labuan dan bantuan itu pasti dapat mengurangkan beban pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi kemungkinan bencana.


ā€œKhemah yang kita harapkan selama ini akan dapat membantu mangsa bencana menerima tempat tinggal sementara yang selesa sekiranya berlaku pemindahan,ā€ katanya.


Jelasnya, khemah dan kit makanan akan dihantar ke Labuan pada bulan Oktober ini.
Dr Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, satu simulasi bencana akan dijalankan tidak lama lagi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di pulau ini.


Menurut Dr Fary lagi, pihaknya juga akan menubuhkan komuniti sukarelawan di setiap kampung dan taman perumahan untuk membantu jawatankuasa pengurusan bencana dalam menangani masalah bencana di kampung-kampung masing-masing.


ā€œ Bagi memastikan penubuhan Komunti Sukarelawan ini berfungsi dengan lebih berkesan Perbadanan Labuan dan Jawatan Kuasa Bencana akan bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)ā€ katanya.- JD

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN