27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MULAI ESOK, 7 JUN, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PENAMPANG, TIDAK LAGI DAERAH SAMA.

KOTA KINABALU: Bermula 7 Jun 2021, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi dikategorikan sebagai satu daerah.  

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata keputusan itu dibuat setelah mengambilkira bilangan kes positif COVID-19 di ketiga-tiga daerah tersebut yang telah mencapai 70 kes pada hari ini.

Katanya, sebagai usaha mengurangkan perjalanan yang tidak perlu maka orang awam tidak dibenarkan rentas daerah kecuali untuk perkhidmatan perlu (essential services) dan barangan  perlu (essential goods). 

“Mulai esok, PDRM akan melaksanakan pemeriksaan ketat kawalan larangan rentas daerah yang melibatkan tiga  daerah ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, dalam kenyataan itu berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) menetapkan kehadiran kakitangan di organisasi masing-masing hendaklah  sekurang- kurangnya   30%  di pejabat masing-masing dan 70% bekerja dari rumah.

Tegasnya, arahan ini adalah berkuat kuasa serta merta.

“Pelaksanaan ini berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan penjawat awam, di samping kewujudan pelbagai kluster di seluruh daerah,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN