25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 6, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

MUHAMMAD FAIZ ASRIZAM PENCETUS KEMENANGAN PERUMAHAN LAYA-LAYA (PLLFC)

Ag.Ismail (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama adik Muhammad Faiz (kanan) dan adik Muhammad Ashraf.

TUARAN: Ketangkasan penjaga gol Pasukan Perumahan Laya Laya Tuaran (PLLFC) yang juga merupakan bekas Penjaga gol bawah 18 tahun Sabah 2025 Muhammad Faiz Asrizam yang bermain cemerlang sepanjang perlawanan menjadi pencetus kemenangas pasukan bola sepak itu

Dengan menafikan enam percubaan satu lawan satu pihak lawan memberikan impak positif apabila pasukannya PLLFC dinobatkan selaku juara dalam perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih tajaan Ag.Ismail Abu Bakar apabila menewaskan Kelab Wira Jaya dari Papar.

Wira Jaya yang dibimbing oleh Mildat Jaya Teo yang hanya berpuas hati dinobatkan selaku Naib Juara dengan keputusan 5-4 di Padang Sintetik Likas baru-baru ini.

Saidun menyampaikan cenderahati kepada Bucu . Kelihatan Nursin Kiki ( 3 kanan).

Gol-gol PLLT dihasilkan oleh Jeddy Lee,Lee Shin Fui, Azlan Mumin, Sazali Sahidun dan Sami manakala gol Wira Jaya dihasilkan oleh Santung, Awie, Jepp dan Mansur.

Lebih menyerikan perlawanan ini dengan kehadiran bekas pemain negeri Lee Shin Fui yang bermain untuk PLLFC yang suatu ketika dulu pernah beraksi acara final piala Malaysia menentang Selangor tahun 2002.

Pasukan Perumahan Laya-Laya Tuaran juga harus berbangga dengan kehadiran Saidun Rasit – 66 tahun yang masih mampu beraksi sepenuh masa yang juga merupakan jurulatih yang turut sama bermain dalam kesebelasan utama berganding baik di bahagian tengah bersama adik Muhammad Ashraf Asrizam yang sentiasa mengucar- kacirkan pertahanan Wira Jaya dari minit awal hingga wisel penamat ditiupkan.

Pujian juga harus diberi kepada Nursin Kiki selaku penjaga gol PLLT yang sempat beraksi pada masa pertama yang berjaya menyelamatkan tendangan deras dari Mildat dari jarak 25 meter selain menyelamatkan beberapa percubaaan dari pihak lawan .

Iskandar (4 kiri) sedang menyampaikan Piala kemenangan kepada Bucu sambil diperhatikan oleh Saidun ( 2 kiri), Mildat (2 kanan) dan Mansur ( 3 kiri).

Menurut Ag.Ismail yang juga Penaung PLLT FC ketika ditemui selepas perlawanan berkata, aktiviti ini adalah sebagai tirai penutup tahun 2025 yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pasukan dari dua daerah yang berjauhan selain sebagai jambatan silaturahim dalam mengukuhkan lagi ukhuwah bersama masyarakat setempat.

Selain itu Ismail juga berkata kalah dan menang bukanlah ukuran namun natijahnya kita dapat merapatkan lagi saf dan dapat kenal mengenali antara satu sama lain, ujarnya.

Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dalam memupuk semangat perpaduan tanpa mengira agama , bangsa dan budaya.

Diakhir perlawanan adik Muhammad Faiz Asrizam dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik sepanjang perlawanan .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN