27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MPM tingkatkan kualiti dan produktiviti Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan

SIMBOLIK….Bakri (dua dari kiri) bersama Idjal (dua dari kanan) memotong rebin sebagai tanda simbolik peramsmian pengembilalihan pengendali baharu Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan, pada Khamis.

LABUAN: Pengendali Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan, Megah Port Management (MPM) Sdn. Bhd, bersedia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti pengurusan ke tahap yang lebih baik daripada sebelum ini.

Pengarah Urusan MPM Sdn. Bhd, Datuk Seri Panglima Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya juga sedang giat melakukan penambahbaikan pasarana dan fasiliti bagi memberi keselesaan kepada semua pihak khususnya pengguna di pelabuhan tersebut.

“Pihak kami sedang berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik dan berkualiti kepada kakitangan sebagai asas pembangunan insan yang mampu melahirkan pekerja dan kakitangan minda kelas pertama.

“Saya percaya bahawa kejayaan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna pelabuhan adalah bergantung kepada kecekapan perkhidmatan selain daripada mempunyai pegawai dan kakitangan yang berkemahiran dan berintergriti” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pengambilalihan pengendali Pelabuhan Dermaga Merdeka yang baharu, di sini, pada Khamis.

Bakri berkata, sepatutnya majlis pengambilalihan itu diadakan pada 1 April lalu, namun terpaksa ditunda berikutan krisis Pandemik Covid 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu beliau yakin MPM Sdn. Bhd, sebagai pengendali pelabuhan yang baharu mampu untuk membantu menjana ekonomi negara serta meningkatkan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan serta penduduk setempat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, Ketua Pegawai Operasi Megah Port Management Sdn. Bhd, Datuk Seri Patrick Tiong, Pengarah Straits Inter Logistic Bhd, Datuk Chang Pooh Nee. Ketua Pegawai Eksekutif Megah Port Management Sdn. Bhd, Idjal Tahir dan Pengurus Besar Megah Port Management Sdn. Bhd. Chi On Keong. -BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN